Wednesday, January 19, 2011

lost. in a war. of life.

seceria mana pun muka. segagah mana pun cerita. sekuat mana pun ketawa.
aku gagal.
aku belum cuba apa-apa pun. tapi aku dah rasa kalah. kenapa?

jealousy. cemburu. iri hati.

Thursday, December 16, 2010

Tuesday, November 30, 2010

satu sebab kenapa manusia kena ada lebih rancangan.

buntu.
gua buntu.

tidur 12jam pun tak membantu.
bangun pagi pun tak membantu.

kemas rumah pun tak membantu.
shopping pun tak membantu.

macam mana nak pikir masa depan?

Wednesday, November 24, 2010

bila kita sering buat keputusan yang salah, kita memang patut berubah

hidup gua sekarang memang tak enak. tak lazat. tak ada sifat-sifat dan semangat gua nak hidup.

kenapa? sebab gua selalu sangat buat benda bodoh. benda-benda yang memang tak ada faedah langsung kepada diri sendiri apatah lagi rukun tetangga dan masyarakat setempat.

gua nak ulas satu bab dari beberapa bab dari dalam hidup gua sekarang, yang gua rasa menyampah sangat.

Bab 1 - Cinta

eceh. gua sekarang pandai jugak jiwang satu dua. nama pun lelaki kan.
tapi yang gua hairan, sebagai lelaki, gua lah yang patut buat keputusan. tetapi kenapa takut? kenapa mesti nak hold?
okay gua admit yang gua dah let go benda-benda ni. gua dah tetapkan minda gua. keputusan dah dibuat. tetapi gua ragu! celaka kau ragu, tolong pergi jauh-jauh.

yang engkau pun satu, kenapa lah dulu taknak terima aku? sekarang kau signal, kau nak kita jadi. ishk tak elok lah macam tu. kalau nanti kau menyesal, we all have to live with that. nak buat macam mana. semua ni telah kita putuskan.

*dan bila buat keputusan yang salah, kita memang patut berubah !

Tuesday, November 9, 2010

bolehkan kalau berharap sampai macam ni ?

aku tau. dia berada jauh. jauh yang tak mungkin tergapai tangan. bukan saje tangan, kaki, kepala malah akal pun tak dapat nak ke tempat dia berada.
aku tau. dia dah tiada. tiada dan tak mungkin akan kembali.

dalam sudah tahiyyat ku, aku cuba sekerap mungkin doakan kesejahteraannya. aku cuba seikhlas mungkin sedekahkan Al-Fatihah. aku cuba sedaya mungkin untuk tidak terbayang saat tiadanya dia. saat aku salah mengambil jalan. saat aku butuh nasihat dan suluhan seorang wanita, seorang cikgu, seorang ibu !

mungkin berlebih-lebih, mungkin mudah untuk berkata,
" kita yang hidup ni, kena teruskan, dia pasti taknak nengok kita macam ni."
macam mana nak teruskan hidup, kalau dialah hidup kita?

macam mana nak tau, salah silap, dosa-dosa sudah dia maafkan? saat aku berlaku jahat dan jahil kepada dia?
timbul ingin aku untuk sujud dikakinya, paling-paling untuk menangis diam. menangis menyesal. menangis merayu diampunkan.
timbul ingin aku untuk menangis. kalau dengan menangis rindu ini turut mengalir pergi.

bagaimana agaknya, perasaan dia, saat aku melangkah bangga, untuk menggenggam diploma?

Saturday, November 6, 2010

why the hell i'm choosing you ?

simple, i'm in need of you, for the rest of my life.
simple, i want you to be with me, for the rest of my life.
simple, i'm addicted to you, for the rest of my life.

simple, i want it to be simple, as simple as the way i fall for you.

Friday, October 15, 2010

jarang kita hargai yang depan mata.

 walaupun mata kita ni, boleh nampak berjuta-juta megapiksel warna-warna yang berlainan dan objek-objek serta abstrak yang jauh berbeza, dan pelbagai ciri menarik apatahlagi unik pada mata seorang manusia, ia tetap boleh mengelirukan. walau macam mana kita cuba untuk berasa menghargai dan berasa berpuas hati dengan apa yang mata kita nampak, kadang-kadang semua tu boleh pergi macam tu je.

 well, that's why our eyes, brain and heart were connected, to form a brilliant collaboration. for what and how that collaboration could turn into something extraordinary feelings, that only us (read : ourselves), could felt that feelings. thus, what ever it may called, either love or care, we just need to use that gifts (eyes, brain and heart) to make sure, our current choices may not ruin our future.

 manusia terlalu mudah untuk berpuas hati, dan kemudian tidak mula mencari, atau boleh juga manusia itu, diletakkan kedalam golongan yang terlalu tidak berpuas hati, atau lebih mudah dibahasakan "tiada sifat bersyukur". nah, hasilnya, yang baik didepan mata, dilepaskan macam tu je. kelak, siape yang merana?

harap-harap tak jadi pada aku.